Mereka juga menuntut amalan itu disiasat dan dihentikan segera.
Kesilapan itu disedari apabila mereka meneliti laporan kad kemajuan murid-murida pada pertengahan dan akhir tahun. Menurut iba-bapa mereka alasan yang diberikan oleh Sekolah Temenggong Datuk Murip itu adalah kerana 'prosedur pentadbiran yang standard'.
“Menurut ibu bapa yang membuat aduan itu, anak-anak mereka dilahirkan sebagai pribumi Sarawak tetapi kini diklasifikasikan sebagai keturunan Melayu. Sepatutnya mereka dikategorikan sebagai bangsa lain-lain seperti yang diamalkan sebelum ini.”
Baru Bian juga berkata ibu bapa berkenaan adalah pribumi mengikut Artikel 161A perlembagaan dan tidak boleh ditakrif sebagai Melayu, mereka tidak bertutur dalam bahasa Melayu dan dalam kehidupan seharian tidak mengamalkan adat resam Melayu seperti yang disyaratkan oleh Artikel 160.
Katanya, seorang ibu bapa memaklumkan kepadanya bahawa status yang dicatatkan sebagai Melayu itu tidak boleh ditukar semula kerana “ia telah berada dalam sistem dan pegawai pelajaran tidak ada kuasa untuk membuat pindaan”.
Keruah Usit