Er Teck Hwa (DAP-Bakri) memfailakn usul itu menurut Peraturan Dewan 18(1). Katanya kejadian berlaku pada 24 November lalu apabila sekumpulan pelajar tiba lewat ke dewan peperiksaan.
Menurut Er, guru dari Port Dickson itu kemudian memarahi mereka dan menyuruh pelajar Cina supaya 'pulang ke China' manakala pelajar India pula disuruh 'pulang ke India' jika mereka tidak memahami peraturan.
Er, yang mengemukakan usulnya pagi ini berkata kes seumpama ini bukan lagi isu kes terpencil.
“Kenyataan mereka (kakitangan awam) adalah sama, iaitu mengarahkan orang Cina dan india pulang ke negara asal. Sebelum ini juga ada kata-kata menghina yang merujuk orang Cina sebagai pelacur dan orang India sebagai pengemis,” katanya.
Beliau memohon tindakan tegas diambil segera bagi memastikan perkara seumpama itu tidak berulang.
No comments:
Post a Comment